Tags: SSU Perubatan

Penyakit Cacing Dalam Kalangan Pesakit: Masalah Yang Belum Selesai

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Zeehaida Mohamed
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674617400
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Terdapat pelbagai jenis cacing yang berpotensi menjangkiti manusia, seperti cacing bulat, cacing pipih dan cacing pita. Di Malaysia, cacing bulat seperti cacing gelang kerawit dan cambuk merupakan antara jenis Cacing yang lazim dan kerap menjangkiti pesakit terutamanya yang dimasukkan ke dalam wad. Selain itu, cacing Strongyloides merupakan sejenis cacing yang unik dan berpotensi untuk menyebabkan..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo

Terdapat pelbagai jenis cacing yang berpotensi menjangkiti manusia, seperti cacing bulat, cacing pipih dan cacing pita. Di Malaysia, cacing bulat seperti cacing gelang kerawit dan cambuk merupakan antara jenis Cacing yang lazim dan kerap menjangkiti pesakit terutamanya yang dimasukkan ke dalam wad. Selain itu, cacing Strongyloides merupakan sejenis cacing yang unik dan berpotensi untuk menyebabkan penyakit yang teruk. Sesetengah jangkitan cacing ditemui secara tidak sengaja pada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad dengan gejala sakit perut, cirit-birit dan batuk, atau dalam kalangan kumpulan pesakit tertentu seperti kanak-kanak, pesakit diabetes, kanser atau yang menerima rawatan steroid.

Kitaran hidup cacing dalam perumah manusia (hos) melibatkan beberapa peringkat iaitu pengambilan makanan atau minuman yang tercemar, kemasukan telur atau larva cacing ke dalam hos dan pembiakan cacing di dalam usus. Kajian ilmiah membuktikan terdapat banyak sayur-sayuran yang telah dicemari oleh parasit terutamanya cacing. Hal ini akan menyebabkan kitaran cacing sentiasa wujud di dalam hos. Proses enengenal pasti jenis cacing melibatkan pemprosesan sampel klinikal pesakit, manakala pengecaman bentuk atau struktur cacing, telur atau larva yang mempunyai ciri-ciri yang unik biasanya dilakukan secara manual menggunakan mikroskop. Terdapat juga kaedah pengesanan yang lain seperti antibodi, antigen dan teknik molekular.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha